BeritaNasional

Pensyarah IPTS bidas Menteri KPT

SEORANG pensyarah sebuah universiti swasta mempersoal hala tuju Kementerian Pengajian Tinggi selepas negara bebas daripada pandemik Koronavirus (Covid-19).

Katanya, kementerian perlu menyedari masalah yang bakal dihadapi oleh mahasiswa selepas bergraduasi ketika negara berhadapan dengan impak ekonomi akibat Covid-19.

[BACA] Tuduhan Dr. Musa terhadap Dr. Noor Hisham sangat melampau — Suara Merdeka

Persoalan berkenaan dilontar apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad, menganjurkan video TikTok ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, tindakan penganjuran video tersebut adalah tidak bertepatan. Malah, beliau sepatutnya melakukan inisiatif untuk mahasiswa yang perlu belajar secara dalam talian.

“Tengah budak-budak ada yang tak ada capaian internet untuk belajar.Tengah kami para pensyarah bergelut buat pengajian ‘online’ dan pastikan pelajar belajar.

“Dan sekarang kami bersabar menunggu dasar pengajitan tinggi pasca Covid-19 serta kesannya kepada kami dan mahasiswa. Tetapi, kamu minta mereka buat video TikTok?,” soalnya dalam Facebook baru-baru ini.

[BACA] Kedegilan masyarakat memaksa PKP dilanjutkan — Suara Merdeka
[BACA] Selepas tiga minggu PKP, kes ingkar masih meningkat — Suara Merdeka

Semalam Noraini menerusi Twitternya memuatnaik ciapan memaklumkan penganjuran pertandingan video TikTok bermula semalam hingga 14 April 2020.

NORAINI AHMAD

Bagaiamanapun, dalam carian wartawan Suara Merdeka, ciapan tersebut dipadam dan penganjuran pertandingan itu dibatalkan.

Kenyataan pensyarah berkenaan mendapat lebih 2,000 reaksi pengguna Facebook dan turut dikongsi sebanyak 1,900 netizen.
Terdahulu, Noraini menganjurkan pertandingan ‘Makcik Kiah Contest’ dalam media sosialnya.

[BACA] Haiwan peliharaan individu positif COVID-19 juga perlu dikuarantin – Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: Hidupan liar di taman-taman zoologi turut terjejas – Suara Merdeka

Penganjuran aktiviti berkenaan dikatakan bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa supaya duduk di rumah ketika PKP dilaksana bagi membendung wabak Covid-19. – SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button