Nasionalpilihan

Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia

BEKAS Timbalan Presiden MIC Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia malam tadi. mendiang berumur 77 tahun.

Ahli Majlis Tertinggi MIC L. Sivasubramaniam yang mengesahkan perkara itu berkata bekas ahli parlimen Segamat itu pernah diserang angin ahmar pada 11 November 2011 dan terlantar sejak itu. Mendiang meninggal dunia dalam tidur, kira-kira 8 malam tadi di kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Subramaniam ialah timbalan presiden MIC paling lama berkhidmat dari 1979 hingga 2006 dan merupakan ahli parlimen dua penggal bagi kawasan Damansara antara 1974 dan 1982.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Segamat pada 1982 dan mempertahankan kerusi itu selama empat penggal sehingga 1999.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna antara 1995 dan 2004.

Subramaniam meninggalkan isteri, Puan Seri Tina Subramaniam, 70, dan tiga anak.

(Visited 494 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button