Rencah Hidup

Demi content di TikTok, pengantin 20-an fitnah photographer & minta refund RM650

Demi content di TikTok, seorang pengantin berusia 20-an dikatakan telah melemparkan fitnah kepada seorang photographer yang diupah semasa hari perkahwinannya.

Pengantin tersebut, @ntsyazkria_02 pernah memuat naik video dengan kapsyen mahu ‘spill gambar wedding photographer dari kayangan’ namun kini sudah dipadam.

Melihat pada bukti awal sebelum dipadam, kejadian berlaku setelah photographer yang diupah menyerahkan semua gambar bidikan original (raw footages).

https://twitter.com/ciraplaici/status/1741146152467382583?t=bNxWNKUklkH_8u1f_xam8A&s=19

Maka atas kebijaksanaan dan keperluan untuk viral serta #FYP, @ntsyazkria_02 hanya memuat naik gambar yang masih on setting atau lebih tepat, bukan gambar yang ‘menjadi’.

Mengejutkan, bukan sahaja satu keluarga tidak berpuas hati dengan photographer berkenaan kerana menolak untuk jadi tukang ambil gambar guna phone, malah RM650 kena kasi refund.

Apa-apa pun, inilah salah satu kisah wedding of the year bagi tahun 2023 dan memasuki tahun 2024, entah apa cerita masyarakat yang serba kreatif demi content dan #FYP.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button