Nasional

Penduduk rumah panjang terlibat kebakaran terima rumah baharu

PENDUDUK rumah panjang Jalan Ikan Emas yang terlibat kebakaran boleh mengucapkan syukur selepas mereka diberikan rumah baharu.

Penyampaian simbolik penyerahan kunci rumah itu diberikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar kepada penduduk tersebut semalam.

Buat masa ini, kesemu ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu telah ditempatkan di perumahan Sri Johor dan Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Terdahulu, empat buah rumah panjang musnah dalam kebakaran di Jalan Emas pada 17 September lalu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menyampaikan sumbangan tersebut dalam majlis Pesta Tanglung dan Kuih Bulan yang diadakan Perumahan Awam Sri Johor 4B.

Dalam majlis itu juga, Kamarudin turut menyampaikan bantuan pendidikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina bagi anak-anak Bandar Tun Razak yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti awam atau swasta. -SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button