Nasional

420 ingkar arahan PKPP

SERAMAI 420 orang dilaporkan ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Penahanan tersebut dibuat hasil pemeriksaan oleh pihak berkuasan terhadap 3,447 pasar raya, 4,393 restoran serta 1,501 penjaja, dan 2,454 pasar awam.

Sebanyak 54,494 pemeriksaan dilakukan oleh pihak PDRM menerusi Task Force Operasi Pematuhan melibatkan 3,073 pasukan yang terdiri daripada 13,365 anggota.

“PDRM telah menahan 420 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, seramai 380 individu telah dikompaun. Seramai 39 individu pula direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh individu ditahan adalah tidak menjaga penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri.

“Selain itu terdapat juga beberapa individu ditahan kerana melakukan aktiviti di pusat hiburan dan keluar rumah dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa alasan munasabah.

“Premis perniagaan yang beroperasi lebih masa, tanpa permit dan menggaji pekerja asing tanpa kebenaran turut dikenakan tindakan.”

Demikian makluman Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam taklimat harian pandemik Koronavirus (Covid-19) hari ini.

Dalam makluman sama, beliau turut memaklumkan seramai  31 pendatang tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam Operasi Benting yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Agensi yang terlibat seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

“Semalam, Ops Benteng telah berjaya menahan 31 PATI, seorang tekong dan penyeludup serta merampas 11 kenderaan darat.

“Sebanyak 130 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng juga
dilakukan diseluruh negara,” ujarnya. – SM

 

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button