Nasional

Pemangku Raja Perlis lawat Balai Islam TNB Bangsar

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi TNB, Datuk Abdul Razak Abdul Majid; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Indera Ir. Baharin Din dan Ketua Hal Ehwal Islam TNB, Fajuri Mamat serta para kepimpinan tertinggi syarikat milik Kerajaan (GLC) Malaysia yang merupakan satu-satunya syarikat utiliti elektrik di Semenanjung Malaysia yang menyediakan perkhidmatan elektrik kepada seluruh pengguna domestik dan industri tersebut.

Pemangku Raja dipersembahkan dengan taklimat mengenai kompleks tiga tingkat tersergam indah yang berkeluasan 1.67 hektar; memiliki tiga ruang solat yang boleh memuatkan seramai 2,850 jemaah itu.

Selain daripada itu, ia turut menempatkan pejabat dan kuarters staf Unit Hal Ehwal Islam TNB, dewan seminar, kafeteria, ruang parkir dua tingkat dengan kapasiti 206 lot serta perkhidmatan pengurusan jenazah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya berkenan menunaikan solat jumaat di masjid dengan seni bina berkonsepkan kontemporari dan elegan bercirikan mesra alam tersebut sebelum mengakhiri lawatan. – SM

BACA Raja Muda Perlis rasmi Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan

BACA Pemangku Raja Perlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat jelata

(Visited 582 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button