Alam SekitarNasionalRibut

Amaran cuaca buruk di tiga negeri

SELEPAS waktu pejabat hari ini, hati-hati memandu untuk pulang ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak ‘cantik’. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri.

MetMalaysia dalam pemakluman di akaun Facebook menyatakan, amaran cuaca buruk berlaku di negeri Kedah, Selangor dan Johor.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan dijangka terjejas di Selangor ialah daerah Klang dan Kuala Langat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda,” ujarnya.

Di Johor pula amaran cuaca buruk membabitkan dua kawasan iaitu Pontian dan Johor Bahru.


Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button