Jenayah

Pemimpin Umany diugut bunuh, rogol dan dilempar asid

PERSATUAN Belia Baru Universiti Malaya (Umany) mendakwa pemimpin pertubuhan itu menerima ugutan berikutan isu berkaitan pertikaian peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Presiden Umany Robin Yap Wen Qian berkata, mereka menerima ugutan tersebut melalui melalui panggilan telefon dan pesanan teks sejak Rabu lalu.

Katanya antara lain mereka diugut akan dibunuh termasuk anggota keluarga pemimpin persatuan itu.

Anggota wanita persatuan itu pula menerima ugutan akan dibaling dengan asid serta dirogol.

Menurut Wen Qing, sembilan anggota Umany termasuk dirinya dan timbalannya, Tan Li Yuan menerima ugutan tersebut.


Jelasnya, ugutan yang diterima menyebabkan mereka berada dalam keadaan tertekan.

“Kami bimbang kerana individu terbabit menyalahgunakan data peribadi untuk mengganggu kami,” katanya.

Wen Qin dan Li Yuan membuat laporan polis mengenai ugutan tersebut hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Peguamnya, Kuhan Manokaran berharap polis akan menyiasat ugutan tersebut dengan serius.

“Pihak polis kelihatan bersungguh-sungguh ketika menyiasat kenyataan Umany di Facebook sebelum ini. Saya berharap mereka juga akan meneliti ugutan bunuh ini dengan serius,” katanya.

Umany sebelum ini disiasat berhubung kenyataan di media sosial bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong should not intervene in national affairs”.

Kenyataan itu didakwa menghasut dan disiasat dibawah kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia.

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button