JenayahNasional

Padah tayang pistol mainan dari kenderaan, lelaki ditahan polis

SEMAKIN berani atau bodoh yang dipaparkan oleh seorang lelaki apabila dia menayang sepucuk pistol mainan melalui tingkap kereta yang dipandunya berhampiran pusat beli-belah One Utama, Damansara, menghala ke tol Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang semalam, suspek berusia 28 tahun bertindak mengeluarkan tangan sambil menayang pistol mainan dan perbuatan itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya.

Susulan itu, polis berjaya menahan suspek selepas menerima laporan pada pukul 7.03 malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya menahan seorang lelaki tempatan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, pada pukul 10 malam.

“Ketika disoal siasat, suspek mengaku terlibat dalam insiden itu dan mendakwa pistol mainan itu milik anaknya berusia empat tahun. Suspek mendakwa ketika itu dia sedang bermain dengan anaknya,” katanya dalam kenyataan.

Fakhrudin berkata, polis merampas kereta jenis Proton Wira dan pistol mainan berwarna hitam-coklat untuk siasatan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan direman dua hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Senjata 1960,” katanya. – SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button