Hiburan

Tak sabar menanti konsert Ziana Zain Mei 2024

Diva Pop Ziana Zain mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Menurut Ziana, konsert solonya itu diadakan selepas 22 tahun sempena perjuangan dirinya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun berada dalam industri hiburan.

‘’Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert ini nanti. Yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insy-Allah.

‘’Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis atau kenangan terbaik tidak dirasai oleh peminat yang menyokong karier saya selama ini.

‘’Saya juga berhati-hati untuk melakukan konsert dan 25 Mei 2024 adalah momen terbaik untuk CSA ACADEMY yang akan dipersembahkan buat anda semua,’’ kata Ziana.

Konsert ini menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Tiket berharga RM288 (gold), RM488 (platinum), RM688 (diamond), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my/zianazain.

Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kelainan Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh hubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman. 

Artikle Berkaitan :>

Ziana Zain geli hati jika dipanggil Datuk

Mujur tohmahan dengan Ziana Zain, bukan Haziq, Diva – Najib

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button