Hiburan

Bamsi Beyrek dalam Dirils: Ertugrul menang Anugerah

PENDUKUNG watak Bamsi Beyrek dalam drama berantaian berjudul Dirilis: Ertugrul yang amat popular dalam kalangan penggemar hiburan di Turki, menang anugerah atas pencapaian terbaik menerusi lakonannya itu.

Dirilis: Ertugrul merupakan drama berantaian yang mengisahkan zaman keagongan Islam di bumi Turki suatu ketika dahulu dan kisah sejarah Islam di Turki ini boleh ditonton oleh rakyat Malaysia di YouTube.

Bamsi Beyrek atau nama sebenarnya, Nurettin Sonmez, 48, yang merupakan graduan Universiti Turki, berkongsi pengiktirafan yang diterimanya itu dalam laman sosial Instagramnya dengan foto-foto untuk tatapan peminat dan pengikutnya.

Kekuatan karektor Bamsi Beyrek bukan sahaja terletak pada sinimatografi bermain pedang melawan musuh tetapi nada ketawa dan nada percakapan yang dimasukkan ke dalam diri penduduk watak Bamsi ini bukan sahaja menjadikan beliau sebagai pelakon lelaki berkaraktor lain daripada yang lain tetapi meninggalkan kesan kepada penonton Dirilis: Ertugrul.

Kiranya berbaloi berlakon dalam drama berantaian Dirilis: Ertugrul yang diterbitkan dalam episod demi episod dan di dalam setiap episod, ada bahagian demi bahagian (part by part) yang mana Bamsi Beyrek melakonkan watak sebagai salah seorang alp (tentera Islam zaman pemerintahan Ertugrul) yang hebat bermain dua bilah pedang apabila berhadapan dengan musuh.


Anugerah diterimanya itu dalam majlis Ayakli Gazete Odul disulami dengan nulikan rasa di Instagram Nurettin Sonmez.

Beliau menulis, “7 tahun… Sebagai seorang pelakon, ini merupakan satu peluang dan satu pengalaman yang bermula pada Bab 20 dan berakhir pada Bab 70 (bahagian dalam siri Dirilis: Ertugrul).

“Saya diberikan pengalaman dan peluang ini dan saya menjiwai watak itu dan ini juga merupakan satu penghormatan buat diri saya.”

Beliau ternyata berbangga kerana mampu menghidupkan watak Bamsi Beyrek dari mula sehingga akhir dalam Dirilis:Ertugrul yang mana dalam Kurulus: Osman, watak Bamsi Beyrek dilanjutkan.

Kurulus Osman adalah juga drama berantaian, kesinambungan daripada Dirilis:Ertugrul yang bertitik tolak daripada zaman keagongan Islam di Turki yang menentang ketua-ketua dan tentera-tentera Kristian.

Berbalik kepada catatan Nurettin Sonmez dalam Instagramnya, tambah beliau, “Malam ini, dengan anugerah dalam genggaman, saya akan mengabadikan anugerah yang dimenangi menerusi lakonan sebagai Bamsi Beyrek ini di satu sudut paling istimewa dalam hati saya.

“Justeru saya mengucapkan selamat jalan kepada peminat, pengikut yang mengikuti saya sebagai Bamsi Beyrek kerana watak itu sudah berakhir.

“Jauh di sudut hati ini, saya amat menghargai para peminat yang mengenali saya sebagai Bamsi Beyrek, karakter lakonan saya,” katanya yang terus tersenyum girang kerana kejayaan lakonannya mendukung watak Bamsi Beyrek.

Untuk pilihan tontonan drama berantaian atau drama bersiri antarabangsa di YouTube, anda mesti mengikuti Musim Pertama Dirilis: Ertugrul supaya anda dapat memahami kisah menarik zaman kehebatan Islam di Turki suatu ketika dahulu.

Drama berantaian yang menggunakan pengucapan dialog dalam Bahasa Ibunda, Turki, disertai dengan sarikata dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan pemonton memahami drama yang ditonton itu. – SM

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button