Hiburan

Tiz Zaqyah panik, akaun IG nyaris digodam

PELAKON, Tiz Zaqyah berada dalam keadaan panik selepas akaun Instagramnya nyaris digodam selepas menekan pautan yang didakwa daripada IG Instagram.

Tiz memberitahu, perkara tersebut berlaku selepas dia sedar dari tidur dan menyedari terdapat mesej daripada Instagram yang beserta logo blue tick (simbol akaun rasmi).

Mesej tersebut memberitahu bahawa akaun Instagram Tiz telah melanggar hak cipta dan akan ditutup dalam masa 24 jam.

“Saya yang panik bila melihat mesej tersebut terus menekan pautan yang disediakan dan akaun IG saya terus keluar ke menu utama untuk menetapkan semua kata laluan akaun IG saya.

“Namun, saya tidak dapat masuk semula ke akaun IG saya walaupun sudah lama berjam-jam menunggu kod keselamatan yang sepatutnya dihantar kepada saya untuk masuk semula ke dalam IG.

“Saya terpaksa menghubungi beberapa orang untuk meminta bantuan dan ada yang mencadangkan supaya saya membayar sebanyak RM2,500 kepada seorang pakar IT dari Turki untuk mendapatkan semula akaun IG saya,” katanya di Instagram.

BACA> IG Siti Nurhaliza kena godam?

Namun, Tiz akhirnya berjaya menarik nafas lega selepas dia akhirnya berjaya masuk semula ke akaun IG miliknya dan mendapati mesej yang diterimanya itu adalah akaun IG yang palsu.

Tiz turut menasihati peminatnya supaya berhati-hati dengan sebarang mesej di Instagram walaupun akaun tersebut mempunyai simbol blue tick.

“Memang panik bila terjadi sebegini sebab Instagram juga adalah tempat saya mencari rezeki selain media sosial lain,” jelasnya.

Sebelum ini juga telah berlaku serangan secara besar-besaran penggodam terhadap selebriti tempatan termasuklah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ini kerana hampir setiap hari pada minggu yang sama, selebriti dan beberapa akaun rasmi lain telah menerima satu mesej daripada seseorang yang didakwa daripada Instagram.

BACA> Harith Iskandar ambil anjing jadi anak angkat

Kesemua mesej mengatakan pemilik akaun telah melanggar hak cipta Instagram tetapi bertujuan untuk digodam.

Antara akaun yang digodam menerusi mesej tersebut ialah akaun Instagram stesen radio Suria FM, saluran televisyen RTM 2 dan pelakon, Almy Nadia. -SM

(Visited 979 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button