Hiburan

Zayn Malik dan Gigi Hadid berpisah kerana pertengkaran dengan Yolanda

PASANGAN selebriti terkenal dunia iaitu bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dan model, Gigi Hadid dikatakan berpisah selepas setahun menyambut kelahiran anak perempuan mereka.

Perpisahan mereka dilaporkan berlaku disebabkan oleh pertengkaran Zayn dengan Yolanda iaitu ibu kepada Gigi.

Menurut sumber terdekat, walaupun mereka sudah berpisah, mereka tetap menjaga anak perempuan mereka dengan baik bersama-sama.

“Mereka sudah berpisah namun mereka menjadi ibu bapa yang baik dalam menjaga anak mereka.

“Sudah tentu Yolanda hanya ingin melindungi Gigi kerana dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak dan cucunya,” kata sumber.

Terdahulu, pasangan ini memulakan hubungan cinta mereka pada tahun 2015 dan Gigi melahirkan seorang anak perempuan bernama Kai pada September tahun lalu. – SM

(Visited 623 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button