Politik

Peja nafi jual kerusi pemilihan calon PN

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan beliau “menjual kerusi” dalam pemilihan calon Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Negeri Sembilan itu yang lebih dikenali sebagai Peja berkata, jika boleh “menjual kerusi”, mereka tidak akan menghadapi masalah kewangan seperti sekarang.

“Kami berkempen dengan begitu ala kadar…kami tak ‘jual kerusi’, malah bebanan kepada pimpinan dalam menghadapi pilihan raya ini amat getir dan besar.

“Tak apalah, kepada mereka yang telah membuat dakwaan fitnah saya menjual kerusi itu, saya ampunkan supaya mereka tak payah cari saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya selepas majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, Negeri Sembilan, malam tadi.

Calon bebas DUN Sikamat, Mohammed Hafiz Baharudin dilaporkan mendakwa wujud elemen “jual kerusi” dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, beliau yakin PN mampu memberi saingan hebat dalam PRN walaupun pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sering melaungkan kemenangan 36-0 di Negeri Sembilan.

“Kami yakin akan memberi saingan amat hebat. Kalau mereka (BN dan PH) yakin dengan 36-0, mana mungkin pemimpin utama negara terpaksa datang ke sini saban malam sejak penamaan calon? Saya ingat empat malam berturut-turut,” katanya. – SM

BACA Bersatu buat laporan polis bersihkan nama Hamzah Zainuddin

BACA Penyokong UMNO sertailah Bersatu jika pegang perjuangan asal

(Visited 49 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button