Politik

Mudah runding dengan Pas – Annuar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mengakui PAS tidak pernah menimbulkan masalah sepanjang parti itu bekerjasama dengan Umno dalam membentuk kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila pemimpin PAS turut apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Umno.

Katanya, ketika Umno dan PAS bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN), pemimpin PAS juga buat kerja.

“Kalau tidak biasa kerja dengan PAS, orang kata macam-macam, PAS susah untuk kerjasama. Namun apabila duduk sekali, pemimpin parti ini sangat mudah untuk berbincang dan buat kerja.

“Tok Guru Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) awal-awal lagi bagi tahu, beliau tidak mahu jawatan dalam Kabinet walaupun beliau Presiden PAS,” katanya lapor BH di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan Parlimen Pasir Puteh di Dewan Saripudin Maahad Saniah di sini, malam tadi.

Annuar berkata, pada peringkat awal kerjasama antara Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS, beliau yang terbabit untuk mengadap pemimpin Bersatu.

“Bersatu kata, Umno lah ambil kerusi paling banyak sebab Umno parti besar dan kena runding dengan PAS sebab parti ini ada 18 kerusi (Parlimen). PAS tak minta 50, 60 kerusi pun.

“PAS kata yang mana parti itu menang, dia akan bertanding, kalau kerusi Umno menang, Umno akan tanding.

“Jika kerusi Umno dan PAS kalah, tapi undian banyak kepada Umno, maka Umno yang akan tanding di lokasi itu dan sebaliknya jika banyak undian kepada PAS, maka PAS akan bertanding di kerusi itu, manakala baki, Umno dan PAS akan berbincang agihan kerusi.

“Mudah untuk berbincang dengan PAS. Saya bagi tahu Umno jika mengikut formula ini, Umno ada peluang untuk bertanding antara 65 ke 85 kerusi, PAS antara 25 hingga 35 kerusi dan BERSATU pula antara 40 hingga 45 kerusi,” katanya.

Annuar berkata, jika ikut formula itu, beliau yakin boleh menang semua kerusi, namun sudah tahu kerusi kalah tetapi UMNO nak juga bertanding.

“Daripada 140 kerusi majoriti orang Melayu dan Islam, kita yakin boleh menang semua kalau kita tidak berpecah-belah.

Apabila sampai kepada sesetengah pemimpin Umno, walaupun tahu kalah, nak berebut juga bertanding. Mereka tidak mahu 60, 70, 80 kerusi secara bersama tetapi nak tanding 120 kerusi,” katanya.

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button