Analisis

Masa depan KJ cerah bersama PN

Karier politik bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan lebih gemilang jika beliau menyertai Perikatan Nasional (PN).

Jika beliau menyertai PN dan bertanding pada pilihan raya negeri kelak, saham beliau akan naik dan jika tidak menjadi menteri besar sekalipun karier beliau akan lebih cerah.

Jika Khairy atau KJ menyertai kerajaan hari ini dengan menjadi senator dan menjawat jawatan menteri kewangan kedua, apabila kerajaan ini tumbang selepas keputusan buruk pilihan raya negeri beliau akan kehilangan jawatan dalam tempoh dua bulan lagi.

Ketika itu jika KJ mahu balik ke PN, tentulah mereka tidak akan menerimanya.

Pilihan lain yang KJ ada menyertai PKR dan bertanding di Selangor, tetapi kalau itu keputusannya KJ kena bersedialah dikecam sebagai kaki kencing

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd. Shukri Ramli ketika ditemubual dengan Utusan Malaysia juga berkata, Khairy perlu membuat pilihan sebaik-baiknya untuk bersama PN bagi meneruskan karier politik beliau selepas ini.

Katanya, jangka hayat PH-Barisan Nasional (BN) juga berkemungkinan tidak panjang dan penyertaan Khairy bersama gabungan itu hanya akan memberi impak kepada karier politiknya.

“Khairy ini kalau diikutkan lebih selesa lah untuk beliau bersama-sama dengan PN, kalau (Khairy) sertai PH-BN, ini akan ‘bunuh’ karier politiknya.

“Jadi beliau kena pilih yang terbaik dan saya cadang supaya KJ adakan rundingan dengan sebaiknya bersama-sama pimpinan tertinggi PN,” katanya.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO telah bertemu dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy dilaporkan berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, kemungkinan Khairy menyertai PN kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli ekonomi dan pakar industri bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan Khairy dalam perjumpaan bersama Anwar itu yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani.

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button