Politik

PN setuju cadangan bentuk Majlis Presdien

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah berlangsung malam tadi bersetuju untuk membentuk sebuah Majlis Presiden.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Majlis Presiden PN yang akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan Perikatan Nasional akan menjadi platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan.

Selain itu Majlis Presiden PN juga menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama antara parti.

“Mesyuarat MT bersetuju untuk mencadangkan pembentukan sebuah Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti Kerajaan Perikatan Nasional sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar Kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti,” kata Hamzah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Parti Solidariti Tanah Air (STAR) Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

Juga hadir Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional bersama semua ahli MT yang lain.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional yang berlangsung dengan kehadiran penuh itu juga membincangkan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selain itu, mesyuarat MT juga memutuskan bahawa Perikatan Nasional akan segera melaksanakan program-program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat.-SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button