Rencana

Tiga Lokasi Dalam Malaysia Terkait Dengan Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu!

Walaupun sudah melangkaui zaman moden, Malaysia masih kaya dengan pelbagai bangunan klasik dan lokasi bersejarah sehingga ke hari ini.

Namun tidak ramai generasi hari ini benar-benar cakna dengan kisah di sebalik lokasi tersebut yang menyimpan 1001 kisah tentang bermulanya kemerdekaan di Tanah Melayu.

Stadium Merdeka

Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur dan mula dibuka pada 21 Ogos 1957. Lokasi ini dimiliki Permodalan Nasional Berhad dan permukaannya terdiri daripada padang rumput serta trek larian.

Pada 31 Ogos 1957, lokasi ini menempa sejarah yang tersendiri apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan bagi persekutuan Tanah Melayu.

Pengumuman rasmi disambut dengan laungan merdeka serta ribuan rakyat bersorak kegembiraan menandakan Tanah Melayu telah bebas daripada segala jajahan pihak luar.

Padang Banda Hilir, Melaka

Sebelum Stadium Merdeka, Padang Banda Hilir di Melaka menjadi saksi pertama langkah-langkah awal Tanah Melayu menuju kemerdekaan.

Menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.

Padang Banda Hilir dibanjiri 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu dan laungan ‘Merdeka’ bergema sebaik sahaja pengumuman itu disampaikan.

Kota A’Famosa

Tidak dinafikan Kota A’Famosa antara lokasi yang menjadi tarikan pelancong dalam serta luar negara dan ia kekal tersergam di kota Melaka sehingga ke hari ini.

Kota A’Famosa menunjukkan bukti bahawa kawasan tersebut pernah dijajah Potugis dan hasil perjuangan orang-orang tempatan, Melaka bebas daripada jajahan Portugis.

(Visited 3,503 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button