PolitikUncategorized

Penyokong UMNO sertailah Bersatu jika pegang perjuangan asal

AHLI dan penyokong UMNO yang masih berpegang kepada perjuangan parti itu untuk agama, bangsa dan tanah air diseru menyertai Bersatu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa, perbuatan UMNO telah ‘lari’ daripada perjuangan asal parti itu dengan mengambil contoh pemimpin UMNO yang disabitkan di mahkamah.

BENDERA UMNO

“Apa yang Bersatu bawa sebenarnya tidak lari jauh daripada perjuangan UMNO asal untuk meningkatkan syiar Islam, mendaulatkan raja-raja, menjaga Bahasa Melayu, menjaga kepentingan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera yang mempunyai hak-hak istimewa.

“Ini perkara-perkara yang kita pegang dengan sepenuh hati. Berbeza dengan apa yang UMNO lalui di mana mereka menyebut tentang perjuangan agama, bangsa, dan tanah air tetapi perbuatan berbeza apabila jelas mempertahankan pemimpin yang terbukti korup.

“Jadi memang tidak ada pilihan lain bagi ahli atau penyokong UMNO. Kalau masih berpegang pada perjuangan tersebut, Bersatu tempatnya,” katanya kepada FMT.

Faizal mengakui beberapa pemimpin Bersatu seperti Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menghadapi tuduhan rasuah namun bertegas kes Muhyiddin tidak serupa.

Menurut Faizal, dalam kes Muhyiddin, wang yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dimasukkan ke dalam akaun parti sebaliknya dana dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin UMNO yang didakwa.

Bekas Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata, yang lebih penting sama ada parti Melayu-Islam seperti UMNO dan Bersatu masih membawa perjuangan asal.

“Bersatu bersama rakan-rakan dalam komponen Perikatan Nasional, kami wadah perjuangan rakyat,” ujar beliau.

Sementara itu, Faizal memuji langkah Tun Dr Mahathir Mohamad mengetengahkan Proklamasi Orang Melayu kerana ia menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu untuk kepentingan komuniti itu dan bukannya mana-mana parti.

Faizal berkata, usaha itu jauh lebih bermakna berbanding kembali menjadi ahli Bersatu-parti yang Mahathir asaskan pada 2016.

“Pada masa yang sama, Tun Mahathir sebagai tokoh terulung sangat dialu-alukan untuk bersama Bersatu,” katanya. – SM

BACA Siapa “poster boy” Bersatu PRN Selangor?

BACA Pemimpin, ahli UMNO dipecat boleh gunakan platform PN

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

 

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button