Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini

BURSA Malaysia dibuka tinggi pada hari Rabu (20 April) berikutan minat belian baharu selepas mengalami tekanan jualan pada Isnin, mengikuti keuntungan di Wall Street, yang ditutup lebih tinggi.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.4 mata kepada 1,589.54 daripada 1,581.14 penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 4.68 mata lebih kukuh pada 1,585.82. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 284 berbanding 135, manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,574 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 262.23 juta bernilai RM144.03 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menganggap beberapa aktiviti memburu saham-saham murah akan muncul memandangkan prestasi serantau yang lebih mantap. Oleh itu, beliau menjangkakan indeks itu berlegar dalam julat 1,575-1,590 pada hari Rabu.

Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjuran ekonomi globalnya, menyebabkan harga minyak mentah lebih rendah dengan minyak mentah Brent turun kepada sekitar AS$107 setong.


Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd menokok empat sen kepada RM8.79, Petronas Chemicals Group Bhd meningkat dua sen kepada RM10.42, IHH Healthcare Bhd menokok tujuh sen kepada RM6.47, Public Bank Bhd tidak berubah pada RM4.63, manakala Press Metal Aluminium Holdings Bhd rugi lima sen kepada RM6.49.

Manakala saham aktif pula, Cengild Medical Bhd meningkat dua sen kepada 48.5 sen, South Malaysia Industries Bhd menokok satu sen kepada 33.5 sen, OCR Group Bhd meningkat 1.5 sen kepada 13.5 sen, Vizione Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 10 sen, dan Pappajack Bhd tidak berubah pada 54 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 melonjak 62.02 mata kepada 11,067.14, Indeks FBM Emas naik 60.72 mata kepada 11,417.64, Indeks FBM Emas Shariah menokok 84.35 mata kepada 12,098.54, FBM 70 meningkat kepada 9013 mata, FBM 70 meningkat kepada 9013. 5,759.65.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.14 mata kepada 214.98, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.59 mata kepada 16,535.03, dan Indeks Perladangan menokok 180.67 mata kepada 8,544.03. – SM

(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button