Politik

Pemuda Jasin mahu Lembaga Disiplin UMNO bertindak

AHLI UMNO Melaka yang cuba memecah-belahkan hubungan baik wajar dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin parti kata Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan akan membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO jika masih terdapat dalam kalangan pemimpin parti masih terus menyebar fitnah hingga boleh menjejaskan perpaduan di negeri ini.

Menurutnya, jika terdapat segelintir pemimpin UMNO Bahagian berdegil dan terus menjadi dalang melaga-lagakan kepimpinan sedia ada laporan kepada Lembaga Disiplin parti adalah jalan terbaik akan diambil nanti.

Jelasnya lagi, usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam parti itu berbentuk spekulasi diwujudkan oleh pembangkang tidak sepatutnya diperbesarkan oleh ahli parti.

“Sangat sedih dengan fitnah oleh pembangkang dikeruhkan lagi oleh beberapa individu lain dalam parti sendiri sambil mendakwa mewakili jawatan utama di peringkat bahagian.

“Jika ini yang terjadi saya mohon agar Lembaga Disiplin UMNO untuk menyiasat dan bertindak serta menyiasat berhubung perkara ini. Kita tidak mahu muafakat dalam parti di negeri ini dipecah-belahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis; ADUN Rim, dan Datuk Khaidiriah Abu Zahar

“Apa yang menyedihkan fitnah yang dimulakan pihak pembangkang ini dikeruhkan lagi oleh individu-individu tertentu di dalam UMNO sendiri yang mendakwa mewakili jawatan utama di dalam peringkat bahagian.

“Justeru, kami mohon agar Lembaga Displin UMNO untuk bertindak dan menyiasat sekiranya terdapat anasir yang cuba terus memecah-belahkan muafakat di dalam UMNO,” katanya pada sidang media di Japerun Merlimau, Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Hadir sama ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar dan ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis serta beberapa barisan kepimpinanan UMNO Bahagian Jasin.

Mereka turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. – SM Melaka

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button