Politik

Mesyuarat kabinet tergempar petang ini

Satu mesyuarat pimpinan Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.

“Selalunya menteri yang menghadiri mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuah tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tawaran berkenaan adalah:

1. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

2. Rang Undang-undang Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

3. Jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang.

4. Bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.

5. Satu rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua ahli Parlimen.

6. Satu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan.

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button