JenayahPolitik

Bersatu buat laporan polis bersihkan nama Hamzah Zainuddin

PARTI Bersatu hari ini membuat laporan polis selepas nama Datuk Seri Hamzah Zainudin dikaitkan dalam kes rasuah RM15 juta melibatkan seorang ahli perniagaan.

Pegawai khas Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, laporan polis itu bagi membersihkan nama Hamzah daripada dakwaan tersebut.

“Tujuan utama laporan polis ini bagi menggesa pihak polis menyiasat mana-mana juga pihak yang mencampuri atau menekan SPRM atau badan kerajaan untuk mencemarkan nama baik Hamzah Zainudin,” katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi seperti mana dilaporkan FMT.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula berkata, lebih banyak laporan polis berhubung kes ini akan dibuat di seluruh negara.

Untuk rekod, pada 10 Mei lalu, seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta daripada rakan perniagaan untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Individu tersebut, Sim Choo Thiam didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagi pertuduhan pertama, Sim dikatakan meminta RM15 juta daripada Hep Kim Hong pada Jun 2021 di Jalan Dutamas 1 sebagai dorongan kepada menteri dalam negeri yang pada ketika itu Hamzah, untuk membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya. – SM

BACA Penyertaan Mohamaddin dalam Bersatu kukuhkan Kerajaan Sabah – Hamzah

BACA Rakaman itu memang suara saya, bukan perkara salah pun – Hamzah Zainuddin

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button