Rencah Hidup

Nikmati tiram RM2 sebiji di Kelantan

TREND makan tiram. Apabila sudah mencuba sama ada tua atau muda akan terus menjadi penggemar setia tiram manakala yang belum merasa, pastinya mencari peluang untuk mencuba makanan laut yang sedang viral ini.

Biasanya tiram segar yang dimakan mentah-mentah ini akan diperah dengan jus lemon untuk menghilangkan bau serta rasa hanyir.

HARGA tiram RM2 biji di Kelantan.

Peminat tiram juga lazimnya sanggup membayar sehingga RM60 untuk harga sebiji tiram asalkan dapat menikmatinya.

Bagaimanapun tiram ini boleh didapati dengan harga lebih murah berbanding di restoran-restoran di luar Kuala Lumpur.

Negeri-negeri tertentu termasuk di Kelantan menawarkan tiram segar dengan harga serendah RM2 sebiji sahaja.


Ini berikutan ada individu yang mengusahakan penternakan tiram bagi menampung permintaan dalam negeri yang semakin meningkat.

Jadi tidak hairanlah jika peminat makanan laut tidak akan melepaskan peluang ke sebuah restoran tepi Sungai Pengkalan Datu di negeri bergelar “Serambi Mekah” ini yang terkenal dengan menu tiram segar.

Salah seorang peminat tiram, Maznah Yong, 57, mengakui setiap kali balik bercuti di Kelantan, beliau  pasti akan mencari tiram di restoran ini yang berharga RM2 sebiji.

“Sebenarnya restoran yang menyajikan tiram mentah ini sudah lama di Kelantan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi,” katanya.

Maznah Yong menikmati tiram di sebuah restoran di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun beliau berkata, ketika itu makan tiram masih belum popular seperti sekarang.

Maznah berkata, beliau juga difahamkan pemilik restoran ini mempunyai kolam tiram sendiri. Jadi kemungkinan besar harganya murah itu masih kekal.

Maznah berkata, biasanya kalau makan dengan ahli keluarga biasanya akan memesan sekurang-kurangnya 100 biji tiram.

Sementara itu, seorang lagi peminat tiram, Nurfatin Aimuni Azman, 32, berkata, tiram sentiasa menjadi pilihannya untuk dinikmati.

“Harga tiram di restoran ini juga murah dan biasanya saya suka memilih menu tiram segar,” katanya. – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button