Rencah Hidup

PKPP: Wujudkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU

Kerajaan disaran supaya mewujudkan atau mempertimbangkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Ketua Biro Perpaduan Gerakan, H. Puvaniten berkata, kerajaan  bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin begitu prihatin terhadap rakyat menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dan telah memberi tumpuan secara one-off terhadap golongan OKU dan ibu tunggal awal Jun ini.

‘Bantuan kewangan yang diberikan terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan di bawah Muhyiddin terus komited untuk membela setiap kelompok masyarakat Malaysia dan memastikan setiap individu mendapat manfaat daripada kesejahteraan ekonomi negara’.

Menurut Puvaniten, sekiranya peluang pekerjaan bagi golongan OKU dapat diwujudkan sudah tentu ia dapat membantu kehidupan seharian golongan tersebut.

Usaha mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU harus dipikul oleh semua pihak termasuk kerajaan dan agensi-agensi negeri.

Puvaniten berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Keperluan Harian kepada Golongan Cacat Penglihatan di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Puvaniten menjelaskan rezeki kebanyakan golongan OKU seperti golongan cacat penglihatan terjejas berikutan penutupan perkhidmatan pusat urut.

Justeru, mungkin ada alternatif lain yang boleh diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini memperolehi peluang pekerjaan yang lain.

“Bagi golongan OKU cacat penglihatan, situasi mereka lebih sukar mencari pekerjaan lain berbanding dengan OKU lain. Mungkin kerajaan boleh mencari alternatif yang lain untuk golongan orang kurang upaya (OKU) ini untuk mencari nafkah sampingan yang lain.

“Komuniti yang cacat penglihatan ini tidak dapat menjana pendapatan disebabkan kerajaan masih melarang perkhidmatan urut dan refleksologi daripada beroperasi seperti biasa,” kata Puvaniten.

Puvaniten berharap kerajaan dapat mewujudkan peluang yang sama bagi masyarakat yang cacat penglihatan untuk menjana pendapatan dalam tempoh yang sukar ini, agar mereka dapat terus menikmati kualiti hidup yang sama dengan golongan yang lain di dalam fasa COVID 19 ini._SM

 

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button