Nasional

NGO boleh salurkan bantuan, tetapi minta nasihat dahulu

MANA-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan dinasihatkan berjumpa dengan pihak kesihatan atau jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya tidak menghalang sesiapa pun untuk mengambil inisiatif membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 sama ada di Sabah atau negeri lain.

“Saya ucapkan terima kasih kepada keprihatinan NGO dan mana-mana individu yang membantu. Tetapi keselamatan diri juga perlu dijaga.

“Apatah lagi hampir keseluruhan kawasan di Sabah sudah menjadi zon merah dan kita sendiri tidak tahu siapa yang membawa virus Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, dia menasihatkan kepada mereka yang ingin membantu ini supaya mendapatkan khidmat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu.

Jelasnya, perkara ini untuk memastikan bahawa kawasan yang ingin disalurkan bantuan itu selamat.

“Kita tidak pernah halang. Kalau boleh, jumpa juga dengan jawatankuasa pengurusan bencana yang mengedarkan makanan di kawasan yang diarahkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini adalah untuk menyelaraskan bantuan supaya penghantaran dapat diberikan kepada semua yang memerlukan,” jelasnya. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button