Nasional

Tiga lelaki ditahan terlibat kes penipuan pinjaman tidak wujud

TIGA lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada semalam kerana terlibat dengan kes penipuan pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada seorang mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM34,959.

“Mangsa memberitahu telah terperdaya dengan tawarkan iklan pinjaman yang terdapat di media sosial.

“Bertindak atas maklumat, kita kemudian telah membuat serbuan pada semalam dan menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia.

“Selain itu, kita juga merampas 10 unit telefon bimbit dan alatan yang disyaki digunakan untuk tujuan penipuan,” katanya.

Menurut Mahidisham, kesemua suspek baru bekerja selama sebulan dan sindiket ini akan sentiasa berpindah dan bertukar operator.

Jelasnya, modus operandi yang digunakan sindiket ialah dengan membuat tawaran pinjaman menggunakan media sosial.

“Selepas mangsa bersetuju, mereka akan diminta untuk membayar deposit,insuran dan wang proses ke beberapa akaun bank (mule account)

“Sindiket kemudian aann menghilangkan diri selepas mendapat wang daripada mangsa,” katanya.

Tambahnya, tankapan sindiket ini juga dapat menyelesaikan 21 kes yang sedang disiasat di beberapa negeri lain juga. -SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button