BeritaNasional

RayaniAir akan beroperasi semula, netizen minta ‘refund’

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan RayaniAir dijangka beroperasi semula selepas menggantung kesemua perkhidmatannya pada April 2016.

Bagaimanapun, syarikat penyedia penerbangan patuh syariah itu dalam satu kenyataannya menjelaskan tidak akan menggunakan nama sama apabila kembali beroperasi pada 2020.

“RayaniAir akan bertukar kepada ??? Air tahun 2020 wajah baharu.

“RayaniAir akan beroperasi semula dengan pengurusan serta wajah baharu tetapi masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu Penerbangan Patuh Syariah.

“Pihak pengurusan juga masih menunggu kelulusan daripada kerajaan. Teruskan menyokong agar semua pelanggan mendapat manfaat bersama. Terima kasih,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Kenyataan yang dimuat naik itu menarik perhatian netizen apabila mendapat reaksi 1,700; lebih 600 komen dan 143 perkongsian.

Walau bagaimanapun, perkembangan ini dilihat positif oleh netizen dari satu sudut berbeza apabila berharap duit pembelian tiket penerbangan mereka dikembalikan sebelum RayaniAir menutup operasi dipulangkan.

“Pulangkan RM2,000 dahulu, bukan sikit,” komen Azri Idrus.

“Duit aku mana, tak dapat lagi,” luah Zaini.

“Bila nak bayar refund? Sudah nak masuk 2020,” kata Kasih Nani Saufi.

“Sebelum beroperasi, sila pulangkan dahulu duit kami. Resit masih ada ni,” pinta Haziq Rahmat.

Terdahulu, RayaniAir mula beroperasi pada Januari 2015 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Syarikat itu dikatakan menyediakan penerbangan domestik seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Namun, syarikat tersebut terus berhadapan dengan pelbagai isu termasuk masalah teknikal pesawat dan tindakan mogok oleh juruterbangnya yang menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan.

Sebelum menghentikan operasinya, RayaniAir digantung selama tiga bulan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) (kini Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)) dan diarahkan membaiki mutu perkhidmatan untuk beroperasi semula. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button