Nasional

Kurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan

Semak semula dasar import negara

MALAYSIA perlu elak kebergantungan bahan makanan dari luar sebaliknya harus berani dan tegas dalam mengeluarkan bekalan dari dalam negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara ( MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah wajar kerajaan meneliti semula dasar mengimport bahan makanan ternakan.

“Kita tidak boleh lagi mengamalkan dasar kebergantungan bahan makanan ternakan.

“Ini 100 peratus tidak tepat. Kita harus mengeluarkan bahan makanan ternakan sendiri.

“Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya ada bekalan dari dalam negara,” katanya.


Muhyiddin berkata demikian pada sidang media usai mesyuarat MPN keenam di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, apabila ada gangguan terhadap rangkaian makanan atau global chain, jalan penyelesaiannya atau solusi, mampukah Malaysia mengeluarkan bahan makanan ternakan sendiri dan tidak bergantung kepada luar negara.

Tegas beliau, adalah wajar Kerajaan mengkaji semula dasar import bahan makanan ternakan dan mengusahakan sendiri yang dikeluarkan dalam negara.

“Perubahan ini perlu dan GLC yang ada tanah, tanam kelapa sawit, tanam jagung.

“Dalam tempoh tanaman semula, boleh keluarkan bahan makanan ternakan dan boleh kurangkan import,” jelas beliau.

Menjawab soalan pemberita apakah Malaysia perlu kembali sebagai negara pertanian, Muhyiddin berkata, “bukan sahaja menjadi negara pertanian tetapi perlu ada jaminan keselamatan makanan atau food security.

“Apabila berlaku masalah food chain, kita tidak cemas dan dapat menyediakan sendiri bekalan makanan.

“Walaupun kedudukan atau food ranking kita jauh lagi dalam kedudukan 10 teratas, ini bukan soal dasar tetapi langkah tertentu dengan menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan bahan keperluan makanan negara.”

Muhyiddin juga berkata, tanaman sayur dan lain-lain termasuk kelapa, sejumlah besar masih diimport.

“Sebanyak 500 juta biji kelapa diimport. Ada kawasan yang boleh dimajukan semula dan keperluan kelapa meningkat setiap hari.

“Urgency ialah jaminan keselamatan makanan dan kita lebih maju dalam sektor atau industri dan boleh export jika kita hasilkan sendiri,” katanya. – SM

 

 

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button