Nasional

Program Pendayaupayaan Pengguna rancakkan ekonomi setempat

SESUAI dengan matlamat bagi memastikan pengguna mendapat pendidikan kepenggunaan yang sewajarnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan objektifnya capai sasaran dan berjaya.

Oleh itu, Program Pendayaupayaan Pengguna yang telah diadakan pada 8 dan 9 November lalu bertempat di Kapit dan Song, Sarawak, merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi pendedahan dan advokasi secara lebih inklusif meliputi pelbagai pengguna.

Pada program tersebut, pelbagai pengisian kepengunaan dijalankan antaranya pengagihan 600 kotak sumbangan Food Bank, pengenalan Program Usahawan Muda (PUM) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sara Hidup, eVoucher PJM dan lain-lain yang berkaitan.

Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau Retails Digitalisation Inisiative (ReDI) turut diadakan bagi dimanfaatkan oleh semua pihak.

Dalam pada itu, Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ReDI bertujuan memastikan peniaga kecil tidak ketinggalan dalam arus perdana dan membantu golongan peniaga melibatkan diri dalam model baharu perniagaan secara digital.

Menurut beliau, sebanyak 314 peniaga di Kapit dan 5,596 peniaga di seluruh negara berjaya didaftarkan di bawah program ReDI sehingga 31 Oktober 2022 lalu.

“Bagi menyokong pelaksanaan ReDI ini, Kementerian telah bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM18,000 kepada 600 pengguna dan 200 peniaga bagi melaksanakan program insentif baru secara tanpa tunai ini” katanya. -SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button