Politik

Nancy bukan asing dalam kabinet

Datuk Seri Nancy Shukri bukanlah nama asing dalam Kabinet Persekutuan memandangkan sebelum dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan hari ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum pengumuman Kabinet, nama beliau antara yang disebut sebagai calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal menyertai barisan menteri Persekutuan.

GPS ialah gabungan empat parti Sarawak yang sokongan mereka dilihat penting dalam mengakhiri kemelut politik di peringkat Persekutuan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu antara 18 Ahli Parlimen GPS yang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perlantikan beliau ke dalam Kabinet selepas pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sabtu lepas bahawa kerajaan negeri itu menerima pelawaan Muhyiddin menyertai pentadbiran Persekutuan namun kekal berada di luar Perikatan Nasional (PN).

Aturan itu kata Abang Johari adalah mengikut formula PN+pentadbiran GPS.

 

Berikut adalah biografi Nancy:

 

1. Nama: Datuk Seri Nancy Shukri

2. Suami: Kamil Misuari

3. Tarikh Lahir : 05/08/1961 (59 tahun)

4. Tempat Lahir : Kuching, Sarawak

5. Anak: (dua lelaki dan seorang perempuan)

– Faeroz Kamil

– Farouk Kamil

– Bibi Freka Kamil

 

Pendidikan:

 

– Ijazah Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan Universiti Ohio-UiTM (1998)

– Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Hull, United Kingdom (1990)

– Diploma Pentadbiran Awam dari ITM Shah Alam (1985)

– Sekolah Menengah Kerajaan Green Road (1974 hingga 1978)

– Sekolah Rendah Padungan Council School (1968 hingga 1973)

 

Kerjaya (Kerajaan):

 

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Agensi Inovasi Malaysia, Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia dan  Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (Might)(2016-2018)

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hubungan Undang-Undang) (2013-2016)

– Penasihat Undang-Undang kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) (1992-2003)

 

Kerjaya (Politik):

 

– Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak (2006-2008)

– Pembantu Ketua Setiausaha PBB (2007-2010)

– Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen buat              pertama kali (Mac 2008)

– Naib Ketua Wanita PBB (2011 hingga sekarang)

– Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen bagi             penggal kedua (Mei 2013)

– Memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong menerusi tiket BN-PBB dan menjadi Ahli Parlimen bagi             penggal ketiga (Mei 2018)

— BERNAMA

(Visited 538 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button