Nasionalpilihan

Kelonggaran buat penerima dos vaksin lengkap bantu aktiviti pelancongan

Kelonggaran aktiviti pelancongan bagi individu yang menerima vaksin lengkap dilihat dapat memberi manfaat kepada penggiat industri pelancongan yang berada dalam negeri-negeri fasa 2 dan seterusnya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, pihaknya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpimam Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan adalah melibatkan homestay dan hotel bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

“Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Menurut Nancy, dia melihat ianya merupakan satu langkah awal yang dapat memberikan kelegaan buat pihak industri yang telah lama terjejas berikutan penutupan sektor tersebut sebelum ini.

Jelasnya, pembukaan sektor pelancongan domestik yang dibuat secara berperingkat mengikut fasa ini dapat memberikan sinar buat penggiat industri pelancongan selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang telah digariskan oleh MOTAC.

“MOTAC juga yakin dan percaya bahawa pihak kerajaan akan sentiasa memikirkan kaedah dan cara yang terbaik bagi memulihkan keseluruhan aktiviti pelancongan termasuklah juga aktiviti keseniaan dan kebudayaan yang akan dipertimbangkan untuk dibuka secara berperingkat dengan persediaan rapi.

“Sesungguhnya kelonggaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat kepada semua pihak yang terlibat bagi merancakkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini,” katanya.

Ujarnya, kelonggaran itu secara tidak langsung ianya juga dapat meningkatkan keyakinan masyarakat yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk menyokong aktiviti pelancongan domestik.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan memulakan aktiviti pelancongan dengan selamat. -SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button