NasionalPolitik

Parti Bumi Kenyalang tolak PAS secara total

“SAY No to PAS”. Itu pegangan kukuhan Parti Bumi Kenyalang di Sawak yang memberi gambaran jelas bahawa PAS ditolak mentah-mentah di Bumi Kenyalang.

Semalam, media di Kuching, Sarawak melaporkan,  petang semalam, lima kenderaan kelihatan mengelilingi bandar Kuching sambil berteriak ‘Say No to PAS”.

Salah satu kenderaan berwarna putih yang terlibat sama dalam scenario petang semalam terang-terangan menampal poster “Say no to PAS” di badan kendeaan tersebut.

Ia turut menggesa rakyat Sarawak menentang dan membantah keputusan Gabungan parti Sarawak (GPS) agar tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) dan sekali gus, tidak menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Menurut laporan China Press, empat pemimpin dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) telah mengadakan bantahan untuk menentang keputusan awal GPS membentuk kerajaan dengan PN di mana mereka mendakwa bahawa parti PAS pimpinan Mursyidur Am, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan tunjang utama.


“Kami mahu Pengerusi GPS, Abang Johari Openg menarik balik sokongan GPS ke atas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.”

Di atas itu adalah ayat yang ditulis di salah satu kain rentang yang digantung pada kenderaan.

Konvoi lima kenderaan itu  juga dilihat memandu di sekitar Jalan Carpenter dan Pasar Terbuka Kuching serta beberapa kawasan lain.

Ekoran kejadian tersebut, Pesuruhjaya Polis Serawak, Datuk Azman Ahmad Sapri berkata, beliau menerima tiga laporan polis berhubung lima individu yang melakukan protes berkenaan.

Kelima-lima mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga di Kuching pada pukul 11 malam tadi untuk soal siasat

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button