Nasionalpilihan

Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak akan bertindih dengan tugas kementerian – Nancy Shukri

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan itu.

Jelas beliau, Suruhanjaya itu bersifat bebas dan akan dapat membantu kementeriannya dalam menangani isu melibatkan kebajikan kanak-kanak.

“Alhamdulillah. Tetapi itu bukan di bawah kementerian kita walaupun kementerian kita adalah kementerian yang bertanggungjawab dan juga memberi cadangan kepada suruhanjaya itu, ia bukan di bawah kita, tetapi ia akan menjadi Suruhanjaya yang bebas untuk memantau segala urusan berkaitan dengan kanak-kanak. Kami juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada media selepas Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2023 di kementerian itu di Putrajaya semalam.

Beliau juga percaya penubuhan Suruhanjaya itu tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa atau bidang tugas dengan kementeriannya.

“Tidak berlaku pertindihan. Kami akan menjalankan tugas seperti biasa, dan ini akan membantu bukan sahaja kita, tetapi juga membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan yang berurusan dengan kanak-kanak.

“Jadi tiada pertindihan, malah boleh membantu dari segi semak dan imbang juga untuk kami,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu berkata, Kerajaan memutuskan melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suhakam susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial.

Anwar menyifatkan pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak itu juga sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.

Artikel berkaitan > Pesuruhjaya kanak-kanak dalam SUHAKAM dilantik

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button