fbpx
Politik
Trending

Soal kerusi: Pemimpin PN mesti berjiwa besar

PARA pemimpin dan ahli dalam parti di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) harus berjiwa besar dalam menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

Isu sedemkian pasti timbul ekoran, gabungan tersebut merupakan pertama kali melibatkan parti-parti yang sebelum ini merupakan seteru.

Terutamanya melibatkan parti seperti Pas dan kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang tidak pernah bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kemudian pula melibatkan ahli UMNO yang sebelum ini dipecat seperti Presiden Parti Pribumi Bersatu yang juga Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, pemimin disarankan meletakkan kepentingan bangsa dan agama melebihi parti masing-masing.


BACA > Lelaki dipenjara 26 bulan hina agama Islam, Nabi Muhammad — Suara Merdeka

“Bila kita bercakap mengenai pembahagian kerusi, ini memang masalah asas dalam mana-mana kerajaan pun untuk menentukan parti mana akan bertanding.

“Bertambah lagilah sekarang ini, dahulu kerusi itu dimenangi oleh UMNO lepas itu dia (wakil rakyat) melompat.

“Siapa yang akan bertanding di sana (kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat lompat parti).

“Kemudian bermasalah lagi apabila yang melompat itu sekarang dia bersama pula dengan kita di bawah PN.

“Jadi ini semua, saya melihat kebijaksanaan, pertama bagaimana kita menyelesaikan isu atau masalah ini.”

Demikian nasihat bekas wakil rakyat UMNO di DUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom, mengulas mengenai isu pembahagian kerusi yang timbul melibatkan gabungan PN.

Menurutnya lagi, pemimpin dan ahli sekarang perlu menyedari bahawa gabungan parti Melayu dan Islam seperti sekarang adalah pertama kali.

Penyatuan ini juga merupakan doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT bagi menyatukan pemimpin-pemimpin Islam yang berbeza ideologi politik.

BACA > Azalina sokong Zahid, kerusi Mersing tetapi milik UMNO — Suara Merdeka

“Kita semua perlukan kerajaan Melayu yang kuat. Entah macam mana doa kita makbul oleh Allah SWT.

“Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, tiada siapa suruh.

“Bahkan waktu dia meletakkan jawatan, UMNO pun sokong dia jadi Perdana Menteri balik.

PN
DATUK Zainal Abidin Sakom

“Semua parti hendak sokong dia balik semula. Jadi inilah kita panggil, Allah lah yang menaikkan Dia jugalah yang menurunkan.

“Maka, bila Allah hendak menurunkan, Tun Mahathir berhenti (letak jawatan). Kemudian kita dapat sebuah kerajaan Melayu. Ada orang menangis,” luahnya.

Tambah beliau, pemimpin parti dalam PN perlu melihat semula isu-isu timbul ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan.

Ini kerana, hal tersebut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kita dahulu rasa tertekan benar apabila DAP dominasi pemerintahan dalam PH sehinggakan orang Melayu walaupun ramai tetapi tak berani hendak mempertahankan hak.

“Adalah kumpulan-kumpulan itu, tetapi sebenarnya keberanian dia oleh kerana (datang daripada) patriotisme mereka cukup tinggi.

“Jadi, oleh kerana itu kita telah ‘didera’ 22 bulan, sehingga terasa bahawa kita memang jadi penumpang di tanah air sendiri.

“Apa yang dicakap oleh orang tua-tua dahulu semua berlaku dekat kita. Raja kita dihina, kerajaan yang walapun ada menteri Melayu tidak dapat berbuat apa-apa.

BACA > Kamu boleh simpan YB belot tapi kerusi dimenangi tetap milik parti asal – Shabery Cheek — Suara Merdeka

“Dr. Mahathir dahulu dia kata orang itu (DAP) komunis, rasis. Tetapi, selepas itu dia pula mengatakan (sebaliknya). Sudah berubah 360 darjah. Ini semua menyulitkan,” ujar Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) itu. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button