PRK

Najib akui bukan mudah di Kimanis

DATUK Seri Najib Tun Razak yang turut turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kimanis di Sabah mengakui kemenangan yang dicapai bukan mudah.

Dari awalnya, katanya PRK Kimanis ini satu perjuangan yang nampak sukar bagi BN.

“Bermula dengan pembatalan Datuk Seri Anifah Aman sebagai wakil rakyat Kimanis oleh Kerajaan PH.

“Sebelum kempen bermula sehinggalah waktu kempen berakhir, seluruh jentera negeri dan persekutuan mereka kerah ke Kimanis.

“Menteri-menteri hadir dengan membawa dana dan membuat pelbagai pengumuman di Kimanis.

“Berjuta wang ringgit ditabur.

“Begitu dahsyat sekali.

“Cabutan bertuah. Hadiah besar. Wang ringgit dikatakan ditabur sehingga ke saat akhir.

“Ya, mereka kini angkuh berkuasa,” katanya.

Menurut Najib, sehinggakan ada juga ahli-ahli parti mereka bertindak di luar batasan undang-undang.

“Ada yang berani membuang bendera BN.

“Kempen Barisan Nasional amat sukar dan dikerdilkan berbanding sumber dan jentera yang mereka ada.

“Tetapi mereka lupa. Bahawa kuasa sebenar di tangan rakyat. Sentimen terhadap PSS amat tinggi. Sentimen terhadap PH juga amat tinggi,” katanya.

Sehingga hari ini tidak ada secebis perancangan pembangunan untuk orang Sabah, untuk negeri Sabah, melainkan membuka pintu Sabah kepada warga asing, katanya.

Malah katanya, lebih menakutkan lagi sehelai dokumen PSS itu membolehkan pemegangnya ke Semenanjung Malaysia.

“Malapetaka besar jika ini berlaku. Apakah akan terjadi kepada Sabah?

“Masihkah tanah rakyat Sabah atau orang luar?

“Barisan Nasional tidak akan membenarkan ini berlaku. Dan rakyat tidak mahu ini berlaku.

“Masih segar dalam ingatan rakyat juga akan sumbangan dan jasa BN kepada Sabah.

“Saya dan BN tidak pernah melupakan Sabah sehingga ke saat akhir PRU14, ” kata Najib.

Lebuhraya Pan Borneo dan pelbagai pembangunan lagi telah BN usahakan, kata Najib, jika BN masih berkuasa hari ini, ekonomi Sabah tidak akan terhenti seperti hari ini.

Sudah tentu banyak lagi yang akan dapat BN buat untuk meningkatkan lagi taraf hidup di Sabah, katanya.

“Saya ambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen MCA dan MIC, parti-parti yang bersama dengan BN termasuk PBS, PBRS, STAR dan PAS serta para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini,” kata Najib.

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button