Nasional

700,000 daftar aplikasi MySejahtera dalam seminit

DALAM tempoh seminit sahaja, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera!

Ini susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi itu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk turut mengamalkan ‘penjarakan sosial’ jika hendak memuat turun atau mendaftar di aplikasi berkenaan bagi mengurangkan ‘kesesakan trafik’ yang tinggi.

“Kalau kita boleh amalkan penjarakan, jadi tidak ada kesesakan di situ …kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit, pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.

“Jadi, kita sedang melihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat,” katanya.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. – BERNAMA

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button