PRK

Isteri Shafie pun orang Semenanjung

KEMPEN politik Sabah untuk Sabah oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak relevan kerana isteri Ketua Menteri Sabah itu sendiri orang semenanjung.

Oleh itu, Shafie sepatutnya melihat kepada dirinya sendiri apabila mengguna sentimen itu untuk kepentingan politiknya.

“Shafie patut tengok diri dia, isteri diapun orang Semenanjung. Adakah saranan dia itu sebenarnya untuk diri sendiri?” Tanya  Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Menurut Mohd Sharkar, Mohd Shafie jelas terdesak dan Warisan sebenarnya sudah tertekan melihat sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

UMNO sendiri kata Sharkar, telah melakukan banyak reformasi termasuk memberi autonomi kepada UMNO Sabah.

“Soal semananjung atau tidak, tidak timbul. UMNO telah banyak malakukan perubahan. UMNO itu sendiri telah melakukan reformasi dan antaranya ialah memberi kuasa autonomi kepada UMNO Sabah.

“Orang Sabah lebih memahami masalah di Sabah. Sebab itu kita beri UMNO Sabah autonomi,”‘ katanya.

Menurut Shrkar, sekarang bukan soal orang semenanjung atau Sabah, tetapi soal penyampaian.

“Soalnya ialah ‘delivery’. Soal kerajaan sekarang ini tunai atau tidak janji. Rakyat tidak kisah sama ada jiwa Semenanjung, jiwa Amerika, jiwa Sabah, jiwa Sarawak tetapi kalau janji tidak ditunai, jiwa apapun tidak guna,” kata beliau. -SM

 

(Visited 1,330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button