PRK
Trending

Kemenangan kelima BN, catat majoriti lebih 2,000 di Kimanis

WALAUPUN ada yang mengatakan politik Sabah tidak sama dengan Semenanjung, namun ia tidak mampu menghalang Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan.

Ini merupakan kemenangan yang kelima BN dalam siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

Empat kemenangan BN sebelum ini ialah Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands,  Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Malam ini BN mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi.

Manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kimanis, Jupari@Jupry Etok yang juga Pegawai Daerah Beaufort, di pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir pada 9.30 malam.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah mengisytihar kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Anifah bagaimanapun tidak bertanding pada PRK Kimanis.

Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada Anifah, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail pula meraih 1,300 undi

Terdahulu, proses pengundian bermula 7.30 pagi dan selesai pada pukul 5 petang ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku. – BERNAMA

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button