Ekonomi

Pasaran kewangan kekal teratur – Bank Negara

Berikutan pernyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 April 2024, Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menyatakan bahawa BNM bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap.

BNM dalam kenyataan memberitahu mereka akan memastikan operasi mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.

Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama GLC, GLIC, syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing.

“BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan  menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan.

“BNM telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda,” demikian menurut kenyataan itu. – SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button