PRK

Jangan kembalikan rejim yang merosakkan negara – Muhyiddin

PENGUNDI di pilihan raya kecil parlimen Kimanis diingatkan supaya tidak mengundi rejim yang merosakkan negara.

Jia Barisan Nasional (BN) menang di PRK Kimanis ia  Ibaratcmenghidupkan kembali rejim yang selama ini merosakkan negara.

Itu kenyataan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Oleh itu katanya, BN sudah tidah boleh diberi peluang berkuasa.

Jika BN masig diberi peluang berkuasa katanya, bermakna amalan salah guna kuasa dan rasuah yang diamalkan pemimpin-pemimpinnya akan melanda negara sekali lagi.

Itu katanya, menghancurkan segala baik pulih yang sedang dilakukan kerajaan sekarang.

“Sebab itulah rakyat seluruh Malaysia bangkit termasuk di Sabah menolak BN. Persoalannya di PRK ini kita berdepan BN.

“Soalan mudah saya nak tanya pengundi di Kimanis apakah kita mahu kembalikan seorang manusia yang berteraskan BN untuk mewakili saudara-saudara, pasti kita tidak mahu,” katanya ketika berucap dalam ceramah di Pekan Bongawan malam tadi.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus membiarkan sejarah hitam yang menyebabkan Malaysia dikenali sebagai negara yang terbabit dalam amalan ras

Tegasnya, disebabkan amalan itulah rakyat telah menolak BN dalam pilihan raya umum lalu, justeru tiada sebabnya BN harus diberikan kembali peluang untuk memerintah negara ini.

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button