PolitikPRK

Datang jauh naik jet, dapat 7 kerusi saja

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar berang apabila partinya hanya diberi tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Beliau yang datang jauh-jauh dengan menaiki jet khas mendambakan 14 buah kerusi, tetapi hanya diberi tujuh kerusi oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Tapi apa boleh buat, pada pilihan raya lalu diberi lima kerusi, PKR hanya menang dua kerusi, jadi mereka tidak ada asas untuk meminta kerusi yang lebih.

Takkanlah kerana datang dengan jet hendak dijadikan asas diberi kerusi yang lebih kerana pilihan raya bukan soal naik jet, atau parti hebat. Yang penting peluang untuk menang.

PKR di Sabah memang hampir tiada pengaruh jentera pilihan rayanya juga longgar dan ini jelas dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil Kimanis tempoh hari.

Kehadiran Anwar sendiri tidak mampu menarik orang ramai untuk mendengar ceramah, kerana penduduk Sabah tidak berminat untuk mendengar rintihan nasib Anwar dan keluarganya atau masalah yang berlaku di dalam politik di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun yang menarik ialah jet itu milik syarikat Petra, dipercayai terlibat dalam perniagaan petroliam dan dikhabar syarikat itu juga akan menaja penerbitan sebuah portal berita lebih kurang bunyinya Petra News dan selepas itu akan menerbitkan akhbar.

Sama-sama kita lihat benarkah khabar-khabar itu atau hanya cakap-cakap dalam kalangan pengamal media yang becok mulut dan gemar menjaga tepi kain orang lain. – SM

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button