PRK

Banyak dokumen palsu penyumbang insiden Tanduo

INSIDEN pencerobohan di Kampung TanduoLahad Datu berlaku kerana terlalu banyak pemegang dokumen palsu di Sabah.

Sehubungan itu kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Md Azis Jamman, kenyataan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengaitkan Pas Sementara Sabah (PSS) dengan insiden pecerobohan itu sangat tidak berasas.

Katanya, sebagai Bbekas Menteri Dalam Negeri, Hisahammuddin sepatutnya tahu bagaimana banyak dokumen palsu di Sabah yang mengundang insiden seperti di Kampung Tanduo

“Hishammuddin menyebut berhati-hatilah orang Sabahdengan PSS nanti berlaku kes macam di Tanduo. Dimana dia simpan dia punya pemikiran? Di kepala lutut?” Katanya.

Md Azis berkata demikian pada Majlis Jalinan Mesra Bersama Pemimpin Rakyat, di Dewan Terbuka Bongawan Plaza, di Kimanis hari ini.

Md Azid berkata, Hishammuddin sepatutnya menyokong pelaksanaan PSS kerana terlalu banyak Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memegang dokumen palsu sehingga memungkinkan kejadian seperti di Tanduo berulang.

“Dia adalah bekas Menteri Dalam Negeri tidakkan dia tidak tahu, mereka ini bukan tidak tahu. Mereka tahu, Zahid dan pemimpin UMNO tahu tetapi, mereka belajar daripada ‘bosku’ yang menafikan segalanya. Itu yang berlaku,” ujarnya.

Md Azis menegaskan, apa yang berlaku di Tanduo itu adalah disebabkan ramai pemegang dokumen palsu yang berleluasa di Sabah.

Katanya, disebabkan kerajaan terdahulu tidak mengambil serius dan membiarkan orang pegang dokumen palsu ini berkeliaran di Sabah, maka ia mengundang insiden Tanduo.

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button