Nasional

Lawatan kerja lima hari ke Jepun, Anwar Ibrahim bertemu Fumio Kishida

Saya berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida dalam lawatan kerja lima hari bermula hari ini.

Ini merupakan program pertama saya sempena lawatan kerja ke Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Melalui pertemuan ini juga, kami telah mengumumkan penaiktarafan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi; pertahanan dan keselamatan; sains, teknologi, inovasi dan persekitaran; dan pertukaran budaya.

Selain itu, kami turut membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, tenaga dan alam sekitar.

Saya juga menggunakan kesempatan yang ada bagi menghargai sokongan dan solidariti Jepun bersama-sama Malaysia terhadap konflik Palestin-Israel yang menuntut gencatan senjata segera.

Intiha, kami kemudiannya telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Pertukaran Nota bagi Pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan di bawah Program Bantuan Keselamatan Rasmi dan Memorandum Kerjasama dalam Pembangunan dan Aplikasi Angkasa.

Hari pertama lawatan kerja yang penuh bermakna. Adalah mustahak untuk Malaysia memastikan hubungan dengan Jepun terus maju dan menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara. – SM

#MalaysiaMADANI

Kredit: Anwar Ibrahim

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button