Alam SekitarNasional

Perdana Menteri zahir simpati, arahkan NADMA bantu mangsa banjir di Baling

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahir rasa sedih dan simpati dengan kejadian banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

“Walaupun berada di Turkiye untuk lawatan rasmi, saya sentiasa mengikuti perkembangan yang menimpa Keluarga Malaysia di Baling.

“Saya mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar mewakili saya, turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan dengan secepatnya kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri turut memaklumkan pihak kerajaan akan meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa walaupun beliau berada di Turkiye.

“Saya juga telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan meminta Keluarga Malaysia untuk sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button