Politik

PRN Melaka: Idris masuk PKR, Nor Azman masuk Amanah jadi calon PH

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Datuk Seri Idris Haron telah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat dan akan menjadi calon Pakatan Harapan menggunakan tiket PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan pula telah menjadi ahli Amanah dan bertanding di bawah tiket parti itu sebagai calon PH.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media sebentar tadi. Turut sama Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Saya dan saudara Mohamad Sabu dan Guan Eng, dah akhirnya saya dan Mohamad Sabu sudah teliti secara mendalam tentang kesediaan kita menerima rakan-rakan kita bukan sahaja sebagai untuk memenuhi expediency politic tetapi juga sebagai rakan yang boleh bersama-sama mengharungi ujian dan cubaan ini.

Dan kemudian dapat meletakkan asas pentadbiran kerajaan yang kukuh di Melaka dengan gandingan pelbagai pihak dan dengan harapan boleh menerobos kepada kawasan-kawasan yang tradisi Melayu yang tidak dapat ditembusi sebelum ini.


Kita tidak mengambil sikap memusuhi semua 3 juta ahli UMNO atau 1 juta ahli Pas. Yang kita menentang itu pimpinan yang rasuah dan rakus. Ahli itu seperti biasa kita kenali, masih mempunyai ruang untuk didekati, diberi pencerahan dan mudah-mudahan dapat menerima kenyataan bahawa Malaysia harus ditegak dengan Islam dan Melayu yang berwibawa,” katanya.

Idris yang merupakan bekas ADUN Sungai Udang akan bertanding di DUN Asahan manakala Nor Azman akan mempertahankan kerusinya di DUN Pantai Kundor.

Kedua-dua mereka menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO, tumbang akan

Secara keseluruhan PKR bertanding di 11 DUN, Amanah di sembilan DUN dan DAP pula di lapan DUN.

Sementara itu, Muda yang sebelum ini berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan tiada dalam senarai calon di bawah tiket PH.

Anwar berkata, berlaku masalah teknikal mengenai perkara tersebut dan pengumuman akan dibuat kemudian.-SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button