Nasional

AirAsia: laporan media tentang ‘offset’ tidak tepat – PM

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan tanggapan media tentang ‘offset’ berhubung dakwaan rasuah syarikat AirAsia Group Berhad.

Beliau berkata, media membuat tafsiran salah mengenai maksud ‘offset’ yang dilaporkan sebagai rasuah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan, ‘offset’ atau pengimbangan pembelian yang dimaksudkan adalah dalam sektor awam.

“Beliau tidak pernah kata tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘offset’.

“Laporan media bahawa Perdana Menteri mengatakan tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi ‘ofset’ tidak tepat dan mengelirukan,” katanya.

[BACA ARTIKEL] Tony Fernandes dan Kamarudin Meranum letak jawatan — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] AirAsia rugi RM51.44 juta pada suku ketiga – Suara Merdeka

Tambah kenyataan itu, istilah rasuah adalah jika wang itu disalurkan kepada individu yang mempunyai kepentingan peribadi.

“Jika bukan untuk kepentingan peribadi, maka beliau berpandangan ia bukanlah rasuah.

“Ia (‘offset’) adalah prosednur biasa bagi kerajaan meminta ‘offset’ di dalam pembelian berharga tinggi,” jelasnya.

Justeru, media dinasihatkan supaya melaporkan secara sensitif dan bertangunggjawab supaya masyarakat tidak salah faham terhadap isu ini.

“Berita yang tidak tepat akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke atas pemahaman orang ramai mengenai sesuatu isu,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes meletakkan jawatan.

[BACA ARTIKEL] Tony, Kamarudin setuju lepas jawatan dua bulan — Suara Merdeka

Perletakan jawatan tersebut dikatakan hanya sementara bagi memberi laluan siasatan terhadap AirAsia yang dikaitkan dengan skandal pembelian pesawat daripada Airbus SE.

Dalam laporan Suara Merdeka sebelum ini, Airbus dikatakan membayar sejumlah wang kepada Jabatan Jenayah Penipuan Berat (SFO) United Kingdom.

Airbus didakwa menaja syarikat berkaitan dengan AirAsia, Caterham F1 dan dalam masa sama pengendali penerbangan tambang murah itu dikatakan menempah 180 pesawat daripada Airbus. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button