fbpx


BeritaPRK

Papagomo nafi koyak gambar Shafie

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menafikan beliau mengoyak gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Papagomo dalam siaran langsung di Facebook berkata, dia tidak pernah mengoyak gambar ketua menteri itu, sebalik poster yang dikoyak itu mengandungi gambar orang lain.

“Kalau tidak percaya pergi tanya ketua menteri, dia sendiri tidak pernah buat kenyataan saya koyak gambarnya,” katanya.

Papagomo berkata, tindakan menjadikan beliau sebagai punching bag itu adalah kerana Warisan terdesak pada PRK di Kimanis tempoh hari.

“Mereka sudah tidak punyai modal, jadi mereka fitnah saya dan kenakan saya,” katanya.


Berikutan isu itu Papagomo bukan sahaja diugut bunuh, bahkan telah diserang oleh penyokong Shafie ketika berada di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button