Politik

Aku bangkit selepas terbaring disepak, boleh je nak sapu ‘sekor-sekor’, kata Papagomo

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris  mendakwa beliau terbaring selepas disepak oleh sekumpulan penyokong parti politik dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.

Jelasnya, beliau kemudian bangun untuk melawan namun hanya menahan sabar untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi bahan berita media dan dituduh sebagai samseng Shafie Apdal.

“Sebenarnya video ni selepas aku bangun. Sebelumnya aku dah terbaring disepak oleh samseng.  Selepas aku disepak tulah aku bangkit dan melawan.

“Boleh je aku nak sapu sekor sekor tetapi aku fikir kalau aku keluar taring dah tentu cerita jadi lain dan media kerajaan akan tuduh pula aku samseng,” kata Wan Muhammad Azri.

Malah rakan-rakan daripada Barisan Nasional yang ada ketika kejadian itu juga menahan sabar dan tidak mengambil sebarang tindakan balas.

Ini kerana mereka menyedari imej BN akan rosak jika membalas perbuatan provoksi penyokong politik berkenaan.

“Begitu juga dengan rombongan Brotherhood Wangsa Maju yang turut sama dengan ku. Boleh sahaja mereka bertempur dengan penyokong Shafie Apdal.

“Tetapi kalau aku benarkan dah tentu ianya akan jadi pergaduhan kumpulan dan imej BN akan rosak. InsyaAllah, malam ni Aku buat live dan aku ceritakan insiden yang berlaku,” kata Wan Muhammad Azri.

Wan Muhammad Azri berkata, kumpulan yang menyerang beliau bukan anak Sabah tetapi pentaksub pemimpin parti politik.

Klip video berdurasi kira-kira lima minit dan tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penyokong parti politik membuat provokasi dengan menjerit-jerit dan cuba menyerang Wan Muhammad Azri.

Kejadian yang berlaku dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu turut disaksikan oleh pelancong asing kerana terminal udara itu menjadi tempat pelancong asing tiba dan berangkat keluar menaiki pesawat.

Kumpulan berkenaan dikatakan berang kerana Wan Muhammad Azri mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dalam demonstrasi membantah Pas Sementara Sabah (PSS) di Kimanis baru-baru ini.

Wan Muhammad Azri  sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beuford  kerana menerima ugutan dibakar hidup-hidup oleh seorang pengguna Fcaebook Raymond Well Sabah juga kerana isu beliau mengoyakkan gambar Shafie.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button