Nasional

Mufti Kelantan dilaporkan telah sembuh dari COVID-19

MUFTI Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjadi salah seorang individu yang disahkan sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Memetik sumber Malaysiakini melaporkan, mufti berkenaan dibenarkan keluar wad hari ini selepas kira-kira dua minggu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Alhamdulillah, beliau sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang petang tadi,” kata sumber yang enggan disiarkan namanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Mohamad Shukri dimasukkan ke hospital itu pada 18 Mac lalu dan menjalani saringan Covid-19.

Beliau mengalami demam dan mempunyai simptom jangkitan Covid-19 selepas pulang daripada Sarawak.

Difahamkan saringan tersebut mendapati beliau positif Covid-19 dan dimasuk ke wad bagi rawatan lanjut sehingga sembuh sepenuhnya hari ini.

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button